Selasa, 8 Januari 2013

Teknik Membubu Ikan Kelas A dan Bagak

Made in Persatuan....Bubu 

Info penting untuk kaki bubu.

Terdapat 2 cara utama untuk menahan bubu besar, ikan sasaran ialah merah, tanda, mandi abu, jenahak, kerapu, gerong, dan ikan-ikan bersaiz 500 gram hingga 10 kg.

Cara pertama : Kaedah Parit

Keperluan untuk kaedah ini ialah bubu, tali (sekurang-kurangnya 30 meter), pemberat 6kg - 8 kg dan cangkut untuk memarit bubu. GPS sangat penting kerana bubu tak dapat dilihat dari permukaan kerana pelampung tidak digunakan. gambarajah di bawah menunjukan ilutrasi kaedah ini;

Untuk mendapat bubu perlu mengunakan cangkut tali parit yang bersaiz kecil iaitu tali saiz 3-5 sahaja. Contoh pemarit ialah seperti gambar di bawah;

Arus amat penting semasa memarit bubu. Kaedah ini perlu tanda koordinat bubu dan pemberat, pemarit perlu memarit tali di antara bubu dengan pemberat. Semakin panjang tali tersebut akan memudahkan lagi tali tersangkut pada pemarit.

Cara ke dua : Kaedah Pelampung Timbul dan Tengelam.

Kaedah ini berisiko tinggi kerana mudah dijumpai oleh sesiapa sahaja, keperluan utama ialah bubu, tali ( mengikut kedalaman air), botol mineral untuk sokongan bubu dan cangkut tau pengait pelampung. Ilutrasi dibawah menunjukan kaedah ini.

Kaedah ini biasanya diangkat mengunakan cangkut jenis sauh atau tali dengan pemberat tengah. Rujuk gambar di bawah

Ada juga mengunakan cangkut jenis sauh iaitu seperti gambar di bawah


Begitulah cara untuk menahan bubu..... akan datang...kaedah selamat dan terbaik untuk menahan bubu dengan teknik terkini....senang dan selamat daripada kes kecurian.

Perkongsian : Cikgu Muhammad (matskai) S/U PNKP



Rabu, 14 Disember 2011

Jenis Ikan Popular - Tanda Tanda (Mahogany Snapper)



MAHOGANY SNAPPER (Lutjanus mahogoni)

Istilah Indonesia : Tanda Tanda

Ciri-ciri
Ikan Tanda tanda, berwarna coklat abu-abu, dengan pinggir kemerahan dan terdapat noktah hitam di belakang sirip dorsal/atas, perut putih keperakan. Pinggiran sirip merah kekuningan, sirip ekor merah kecoklatan.
Ikan Tanda tanda termasuk keluarga kakap, hidup di perairan dangkal dan hangat serta bening, di sekitar pantai berpasir, tubiran, kapal tenggelam, tandes, di daerah dengan banyak karang hidup dan padang lamun.

Taksonomi
Order: Perciformes
Family: Lutjanidae
Genus: Lutjanus
Species: mahogoni

Berat: rata-rata kurang dari 1 kg, max 1.5 kg.

Dimana Mancingnya
Di sekitar karang, tubiran, kapal tenggelam, tandes, pantai berpasir dengan suhu optimum 28' - 30' Celcius.

Kapan Mancingnya
Kapan saja selalu ada, pagi dan senja hari lebih galak

Metode Mancing Efektif - Mancing jebluk/dasar dengan umpan udang hidup atau ikan selayang

Peralatan
peralatan standar ringan, kelas 1 kg sampai 3 kg. Ikan ini boleh juga dipancing dg umpan mati (cumi) tetapi metode yang paling tepat adalah mancing dasar dengan umpan udang hidup.

Karakteristik Petarung yang mengasyikkan; ketika hooked up, langsung ngaciiiir ke karang atau batu-batu untuk memustuskan kenur.

Tempat mancing Populer
- sekitar Pulau Perhentian
         - Tukun simen/ tayar/ kerek
         - kawasan berbatu Pulau
Regulasi
Belum ada yang resmi

Boleh Dimakan ?
sangat Lazat

Tips: Gunakan tali perambut 50lbs, mata jenis rawai saiz 4 dan umpan ikan tambang.

Sabtu, 19 November 2011

Lubuk Kerapu..

Lubuk kerapu....pada hari tu...Guna bulu merah..memang kerapu suka..ada yang besar dan kecil..semua rembat..wah memang teruja dibuatnya...nak layan..geng2 kerapu bolehlah..bersantai sambil memancing...happy wooooooooooooooooo... daripada Cikgu Mat - Pemburu laut.

Selasa, 15 November 2011

Hasil tangkapan Ahli Persatuan

Dalam musim gelora, tidak hairan masih ramai yang tidak gentar untuk ke laut ekoran ikan yang semakin banyak. En Zul adalah nama yang tidak asing lagi dikalangan ahli persatuan sebagai orang lama dan cekal sebagai ahli kelaut. Antara ahli hardcore, En Zul sentiasa membawa pulang hasil yang lumayan. Dengan ketabahan mengajar anak-anaknya bersama untuk mengisi hobi, beliau telah membawa hasil tangkapan yang berbaloi. Gambar di atas adalah antara hasil tangkapan beliau;