Selasa, 8 Januari 2013

Teknik Membubu Ikan Kelas A dan Bagak

Made in Persatuan....Bubu 

Info penting untuk kaki bubu.

Terdapat 2 cara utama untuk menahan bubu besar, ikan sasaran ialah merah, tanda, mandi abu, jenahak, kerapu, gerong, dan ikan-ikan bersaiz 500 gram hingga 10 kg.

Cara pertama : Kaedah Parit

Keperluan untuk kaedah ini ialah bubu, tali (sekurang-kurangnya 30 meter), pemberat 6kg - 8 kg dan cangkut untuk memarit bubu. GPS sangat penting kerana bubu tak dapat dilihat dari permukaan kerana pelampung tidak digunakan. gambarajah di bawah menunjukan ilutrasi kaedah ini;

Untuk mendapat bubu perlu mengunakan cangkut tali parit yang bersaiz kecil iaitu tali saiz 3-5 sahaja. Contoh pemarit ialah seperti gambar di bawah;

Arus amat penting semasa memarit bubu. Kaedah ini perlu tanda koordinat bubu dan pemberat, pemarit perlu memarit tali di antara bubu dengan pemberat. Semakin panjang tali tersebut akan memudahkan lagi tali tersangkut pada pemarit.

Cara ke dua : Kaedah Pelampung Timbul dan Tengelam.

Kaedah ini berisiko tinggi kerana mudah dijumpai oleh sesiapa sahaja, keperluan utama ialah bubu, tali ( mengikut kedalaman air), botol mineral untuk sokongan bubu dan cangkut tau pengait pelampung. Ilutrasi dibawah menunjukan kaedah ini.

Kaedah ini biasanya diangkat mengunakan cangkut jenis sauh atau tali dengan pemberat tengah. Rujuk gambar di bawah

Ada juga mengunakan cangkut jenis sauh iaitu seperti gambar di bawah


Begitulah cara untuk menahan bubu..... akan datang...kaedah selamat dan terbaik untuk menahan bubu dengan teknik terkini....senang dan selamat daripada kes kecurian.

Perkongsian : Cikgu Muhammad (matskai) S/U PNKP